BAHAN-BAHAN CREAM PUFF :-)
75 gram tepung gandum
50 gram mentega
125 ml air
1/3 camca teh garam
1 biji telur + 1 kuning telur
1/2 camca teh esen vanilla
Sedikit gula aising, untuk hiasan
Cara2:
Dalam periuk, masukkan air, mentega dan garam.
Masak dengan api kecil dan kacau hingga mentega cair dan larut.
Masukkan tepung dan kacau hingga semua bersatu dan menjadi doh yang tidak melekat di periuk, kacau sehala sahaja.
Matikan api dan biar suam.
Masukkan doh ke dalam cake mixer, putar perlahan.
Sementara itu masukkan esen vanilla ke dalam telur dan pukul sedikit dengan garfu.
Tukar kelajuan pada sederhana laju dan masukkan telur.
Putar hingga doh bertukar menjadi adunan yang lembut dan boleh di paip.
Matikan mixer.
Isi adunan ke dalam piping beg yang dipasang piping nozel corak bintang
Paipkan bentuk rosette pada saiz sederhana pada dulang pembakar
(akan dapat kurang lebih 10 biji, bergantung pada cara anda buat).
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 minit
atau hingga kuning keemasan.
Bila masak, keluarkan dari oven dan sejukkan
BAHAN-BAHAN CUSTARD VANILLA :-)
2/3 cawan susu segar
1 camca besa penuh tepung kastard
1 camca besar penuh gula halus (kalau suka manis boleh tambah sikit lagi)
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh mentega
Secubit garam
Cara2:
Satukan gula halus, secubit garam dan tepung kastard dalam periuk. Gaul rata. Tuang susu segar dan kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api sederhana sambil terus mengacau hingga kastard menjadi kental. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan biar sejuk hingga boleh dipaip.
CREAM PUFF CUSTARD VANILLA :-
Ambil satu biji cream puff, gunting bahagian tengahnya
tp jangan sampai terputus
Isi custard dalam piping beg (kacau dulu sebelum anda isi ke dalam beg piping).
Paipkan ke dalam cream puff tadi, yang ni ikut suka anda nak banyak mana.
Buat kaedah sama untuk baki cream puff dan kastard.
Ayak sedikit gula aising sebelum dihidangkan....
aisehhh... sedapnya kak.. lama sangat dah tak membaking
ReplyDeletesalam pagi..menggoda betul cream puff akak ni..imm x berani baking kek, biskut dan seangkatan..mesti fail huhuh
ReplyDeletenak try la
ReplyDeletecantik menarik ja pn Kamsiah buat, saya paip tak cantik kat penyudahnya...kena buat lagi ni..
ReplyDeleteSedapnya nampak...saya belum brekfes lagi nie, kalau rumah Kam di Aloq Staq tentu saya dah pi serbu...
ReplyDeleteSedapnya nampak...saya belum brekfes lagi nie, kalau rumah Kam di Aloq Staq tentu saya dah pi serbu...
ReplyDeletesedapnyaaa..boleh try laa ni...
ReplyDeletecream puff feveret...tapi tak reti nak buat...:)
ReplyDeletesedapnya,lama nak try buat tp blm buat2 lg,huhuhu......
ReplyDeletenpa sedap sgt nih kak alahaiiii teliooo
ReplyDeleteResepi ni saya belum buat lagi.. ntah bila nak cuba buat sebab kalau nak beli rasa macam membazir sebab tak puas makan..
ReplyDeleteT.kasih ye kak kongsi resepi kat sini.. ;)
Kamsiah, curahkan coklat cair atasnya... fuuh! lagi sedap!
ReplyDeletesedapnya cream puff ni,
ReplyDeleteinti cream tu rasa sejuk je kat tekak kan kak
thanks sharing recipes :)
dah lama wife saya tak buat..
ReplyDeletedulu manjang buat pasal musim orang order cream puff :P
sedap tu
ReplyDeleteasalam ..nampak resipi ni memnag terbaik...rasa nak pergi beli bahan biar isteri masak sedap...
ReplyDeleteComey2 jer ...warna keemasan..mesti sedap ni..buat sendiri puas hati.
ReplyDeletePernah buat sekali, tapi tak menjadi.... Rasa dah sedap, cuma bentuk tak berapa cantik.... Nanti nak cuba resepi ni pulak...
ReplyDeleteSedapnyer.. My feveret nih.
ReplyDeleteambil sebiji nak lagi sebiji..sedap
ReplyDeletekalau rajin saya buatlah.. ahaks.. ^_^
ReplyDeleteaduhai... bertuahlah suami dapat isteri rajin ke dapur...
ReplyDeleteSalam. Hee sungguh rajin membuat kuih cream puff.
ReplyDeletenmpak best je.. KA mmg lama x membaking sebab kerja2 ni dah diturnkan pada anagh. hehehe, neway tq share resepi yer
ReplyDeleteteringin juga nak buat
ReplyDeletetapi entah bila nak datang rajinnya tu =)
Pernah makan skali.
ReplyDeleteSedap...
Tapi manislah.
sedapnya...ntah bila nak buat agaknya ni
ReplyDeletesedapnya. tapi CT tiada kerajinan nak buat. beli aja all the time :P
ReplyDeleteFeveret zumal cream puff nie ^_^
ReplyDeleteWah! sungguh menyelerakan...sejibik macam jual kat kedai! Boleh dikomersialkan ni akak...
ReplyDelete