15 March 2016

Churros

Churros ini kuih popular di Spanyol, Perancis, dan Itali
yang berasaskan doh pastri yang digoreng dan dicelup coklat.
 Bila makan di cafe atau restoran harga boleh mencecah RM 20-30
 lebih senang buat sendiri di dapur.

Bahan-Bahan

Bahan-bahan buat churros:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan air
- 1 gm butter
- 1 biji telur
- 1 sudu besar gula halus
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu teh serbuk cinimon (kayu manis)
- sedikit gula halus

Bahan-bahan buat sos coklat churros:
- 60 ml heavy cream / tick cream
- 10 gm syrup glucos
- 100 gm dark choc (coklat cincang)
- 1 sudu besar Hazelnut paste atau Nutella

Cara buat churros:
  1. Mula-mula satukan air, gula halus, garam dan butter ke dalam periuk, masak hingga mendidih.
  2. Sambil menunggu air mendidih, ayak tepung gandum bersama baking powder.
  3. Bila air dah mendidih, tutup api dan masukkan tepung tadi sedikit-sedikit sambil tangan sebelah mengacau terus adunan supaya tepung tidak bergentel-gentel.
  4. Bila dah lembut, masukkan telur dan esen vanilla, terus kacau sampai adunan likat.
  5. Biarkan sejenak dan bersiap panaskan minyak dengan api sederhana.
  6. Sediakan nozel bintang dan letakkan doh ke dalam piping bag.
  7. Bila minyak sudah cukup panas, paipkan doh dalam kuali dan gunting panjang mana kita suka.
  8. Goreng sambil di balik-balikkan supaya masak keseluruhan.
  9. Tunggu hingga berwarna kuning keemasan dan angkat.
  10. Letakkan ke dalam bekas yang berlapik kertas tisu untuk serap minyaknya.
  11. Gaul churros ke dalam gula dan serbuk cinimon (kayu manis) semasa ia masih hangat, bila dah sejuk susah lekat dah di churros tu.

  1. Cara buat sos coklat churros:
  2. Gaul heavy cream dan syrup glucos, lalu masak hingga timbul buih kecil di tepi periuk.
  3. Angkat dan tuangkan di atas coklat cincang
  4. Tambahkan Hazelnut paste atau Nutella dan gaul hingga rata.
  5. Churros dan sos coklat sudah sedia dihidangkan

9 comments:

  1. Assalamualaikum sis, sedap nampak, ada resepi bole cuba menambah menu di rumah kan

    ReplyDelete
  2. Pernah buat dlu...time popular...:)
    sedap makan bersama coklat.. :)

    ReplyDelete
  3. selalu tgk resepi churros nih... dr yg paling ssh sampai senang tp buatnya tak penah hahahhaha

    ReplyDelete
  4. Biasa juga tgok ..n tk pernh cuba lgi..klu kt malaysia dia lbih mcm pisang goreng pnss..rasanya pisang goreng lgi sdppp kut..hihi

    Cicah dgn coklat nyummm yummy..

    ReplyDelete
  5. Rangup tu yg sedap kamsiah..
    Akak pernah buat...
    Anak2 suka sgt..
    Tapi nak memicit tu yg malas hahaha

    ReplyDelete
  6. Sedapnyaaaaa! Memang suka makan churos tapi malasnya nak buat. Haha!

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Kak...

    Rangup tak..dan tahan lama tak rangupnya tu...

    ReplyDelete
  8. Sedapnyaaaa .... Tengok cara - cara nak buat mcm senang tali vitamin M dalam diri bnyk sangat ... Nway tq sharing recipe :)

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.