Teresek jantung pisang
menu dari kelantan
yg dibawa oleh my sis
Jantung pisang dimasak bersama
bahagian ayam yg tak mempunyai isi
seperti tengkuk,kaki,hujung sayap,hati,pedal..
Cara membuatnya
bahan2:
Jantung pisang(dihiris nipis lalu direndam dalam air
garam)
lepas tu rebus
Bawang merah besar 3 labu *
Bawang puteh 3 ulas *
Halia 1 inci*
Kunyit hidup 1 inci*
Lengkuas 3 hiris*
Lada kering 7 tangkai (rendam, tos)*
Rempah ketumbar 1 sudu besar
Santan pekat 2 cawan
Rempah kari ayam/daging 2 sudu besar
Asam keping 1
Kerisik 2 sudu besar
Gula/nise
garam
Lada merah 1 dihiris
Bawang besar 1 dihiris
Blend bahan2 bertanda *
Masukkan ayam ke dalam periuk/kuali.
Masukkan bahan2 kisar dan santan,garam , nisan,asam keping masak seketika, atau ayam separuh masak.
Kemudian masukkan jantung pisang ,
guna kan api yang sederhana, selepas itu masukkan kerisik, dan cili hijau.
masaklah sehingga kuah tinggal sedikit, atau hampir kering.
Siapppp
wow kena cuba ni
ReplyDeletejantung pisang tak perlu rebus dulu ye kak? menarik jugak resepi nih mesti sedap kak... tengok pun dah tahu sedap
ReplyDeleteoh kami kat kedah ni panggil kemesek. hehe
ReplyDeleteSedap ni kalau dapat makan..pertama kali tengok dan dengar.
ReplyDeletememang sedap ni resepi tradisi klate
ReplyDeletesedapkan kalau dapat makan dari airtangan sendiri atau istri....?
ReplyDeleteAda dah resepi ni dalam simpanan.. belum pernah buat lagi.. alahaai.. bila lah dapat rasa..
ReplyDeleteTak pernah makan..sure makanan traditional kelantan ni kan kak...dah ada resepi tu boleh la cuba nanti
ReplyDelete