BAHAN - BAHAN
Nangka putik ( biasanya kalau beli di pasar,
dah siap buang kulit )
2 ekor ikan dibakar dan diambil isi sahaja
5 ulas bawang merah
1/2 sudu teh lada hitam
2 - 3 sudu besar kerisik
Santan secukupnya ( kalau boleh santan segar, perah sendiri )
Garam dan gula secukupnya
Budu secukupnya
CARA - CARA
1. Nangka putik bersihkan dan potong dalam ketulan sederhana senang nak rebus nanti
2. Sediakan periuk masukkan air secukupnya dan letak nangka putik, siap sedia untuk direbus sehingga empuk
3. Setelah empuk angkat dan toskan
4. Seterusnya, bawang merah dan lada hitam ditumbuk sehingga halus
5. Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi, kemudian masukkan kerisik dan boleh gaul rata
6. Jangan lupa perasakan dengan gula dan garam secukupnya
7. Sediakan satu mangkuk besar dan masukkan nangka yang telah ditoskan,
kalau macam ada lagi ketulan boleh hiris lagi nipis
8. Masukkan bahan tumbuk dan gaul sebati,
kemudian masukkan santan secukupnya,
santan ni kalau nak berkuah sikit, boleh lah masukkan banyak sikit.
sedap diratah mcm tu ja |
sedap kerabu nangka. kami suka sangat ^_^
ReplyDeletesedapnya kak, selama ni tau makan je tak pernah masak sendiri hehehehe
ReplyDeletesedapnya
ReplyDeletesedap ni.. ratah saja pun dah sedap
ReplyDeleteSaya antara penggemar nangka di masak sayur..sedap ja
ReplyDeleteSedap ye kak...SA x pernah makan lagi kerabu nangka
ReplyDeletetak pernah makan.. nampak menarik sangat..
ReplyDelete