Apam beras ni sesuai utk sarapan atau minum petang
Bahan-bahan
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1/2 cwn gula pasir
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam
Cara Penyediaan
1. Blend nasi dan air sehingga hancur
2. Setelah hancur,gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati
3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
Boleh dimasukkan beberapa titik pewarna
5. Perap selama 3 jam.
6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.
kukus sebentar kelapa parut ni
supaya lambat basi
Tips: Kalau nak kan permukaan apam cantik dan tak merekah
sila guna api kecil semasa mengukus….
Kalau suka permukaan apam tu merekah dan tersenyum mekar
boleh gunakan api besar semasa mengukus….
terpulanglah pada citarasa masing2.
Suka apam tu tersenyum.
ReplyDeletecantik..
ReplyDeletedana dah beberapa kali buat kak, memang sedap dan kene dengan tekak ni hehehhe
ReplyDeleteSedapnya kak Kam...dah la fav SA ni..nak buat snediri tak pandai, confirm tak jadi punya
ReplyDeleteAPAM TEPUNG BERAS TERAMATLAH SEDAPNYA
ReplyDeleteSedap ni, mkn pulk dgn air kopi
ReplyDeletesedap ni..kalau ada nasi lebih, kami buat time ada masa lapang
ReplyDeleteNi favourite ni. Memang sedappp. Makan pepagi pun sedap hehe
ReplyDeleteMemang sedap ni
ReplyDeleteDah jarang2 jumpa apam beras ni
ReplyDeleteApam beras memang sedap! Saya suka, sebab bila makan boleh mengenyangkan!
ReplyDeletesuka apam, cicah kelapa parut yum yumm
ReplyDelete