13 May 2013

Seksa Untuk Seksi...???

Sanggup 'seksa' menahan selera
tak menjamah nasi utk kelihatan
kelihatan kurus dan seksi..
ada yg sanggup...???

Roasted chicken chop-homemade
mula2 kukus lps tu panggang/bakar
sos lada hitam jugak buat sendiri


 Gardenia yg sangat sedap dikunyah

 SOMMERSET COTTAGE
 Multi Grain & Seeds
12 Wholesome Grain & Seeds

 Nutrition per 100g: Tenage – 296kcal
Tenaga Dari Lemak Sayuran – 111kcal
Jumlah Lemak Sayuran – 12.3g
 Asid Lemak Tepu – 3.8g
 Asid Lemak Poli-tak Tepu – 4.4g
Asid Lemak Mono-tak Tepu – 4.1g
 Asid Lemak Trans – 0g
Kolesterol – 0mg
Natrium – 479mg
Karbohidrat – 31.0g
Serabut Diet – 9.0g
 Protein – 12.6g



dan si merah menyala ni
haha superhot tp taklah berapi2 kepanasannya...
panas2 manja ja...
lps tu rasa berangin..

12 May 2013

Harijadi Anak Buah

Semalam my biras/my adik ipar mengadakan majlis harijadi
utk 2 org anaknya
(dua2 lahir pd tarikh yg sama...1 Mei)
majlis jugak bersempena dgn masuk rumah baru
dan kesyukuran kerana hamil anak ke 4

Pelajar2 tahfiz Taman Kenari
dan anak2 yatim BEDAYA,Kulim
dijemput membaca yassin

sejuk ja mata memandang dia org ni
...sapa yg ada anak perempuan
boleh amik dia org ni buat menantu.....


siap khemah dan katering lagi
yg berbaju hijau-kuning tu anak2 yatim BEDAYA
besar pahala bg anak2 yatim makan..



gambar yg diambil oleh birthday boys
haha abaikan kualitinya

biras saya pregnant anak ke 4
3 org anaknya sebelum ni adalah lelaki

so bila tgk kek bola ni
ramai yg kata
yg ke 4 nanti lelaki jugak..:)


11 May 2013

Laksam Jam 3 Pagi

Mata tuan blog dah nampak bintang
sejak 3 hari lepas
sibuk menyiapkan tempahan tapai pulut,
(tart-disediakan oleh anak dara) dan laksam

Hari ni biras saya mengadakan majlis harijadi anaknya
2 org,tarikh sama
majlis harijadi tp siap ber katering lagi
dan bacaan yassin oleh pelajar2 tahfiz kat taman ni

tapai pulut-hampir 4kg
nak dibungkus dgn daun pisang

blueberry cheese tart-tak kisahlah berapa puluh biji
haha nasib baik anak yg buatkan

dan nak laksam-sekilo tepung

membuat laksam tidaklah sesukar mana
cuma masa yg diambil tu agak lama
(utk mengukus)

laksam dikira masak bila ianya mengelembung
kukus mengunakan tudung periuk ya
jgn terlalu tebal
bubuh lbh kurang sesenduk ja

campurkan sekampit tepung beras
bersama secawan tepung gandum
bancuh dgn air suam

jika terllau keras
laksam akan pecah ketika digulung

jgn pulak terlalu lembik
nanti jadi kueteow pulak

so kukus dulu sebiji..dan rasa
samada keras atau lembik
sbb takde sukatan yg benar2 tepat diperlukan


utk kuah

-2kg ikan,rebus dan asingkan isinya
-2 kg santan
-10 ulas bawang merah
-seulas bawang putih
-seinci halia
-lada hitam-tumbuk halus
-beberapa keping asam gelugur
-garam & gula

campurkan kesemunya dan sentiasa kacau
ingat-kesedapan laksam terletak pada kuahnya
jgn sampai kuah pecah minyak dan berketul2

 kdg2 laksam yg dijual dipasar malam
taugeh tidak disiang
(tak buang ekor dan kepalanya)

sila jgn malas..


ulam - ulaman
dan sambal yg akan mengalirkan airmata
seeloknya sambal diblend 2,3 hari sebelum dimakan
utk mengurangkan kepedasannya

guna cili padi yg masak merah
blend bersam acuka,garam dan gula

sambal ni boleh jugak dimakan bersama nasi kerabu,laksa kelantan
dan nasi berlauk



tuan rumah bersarapan dgn laksam le pagi ni

saya bangun jam 3 pagi
dan siap semuanya jam 6 pagi






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.