20 October 2015

Majlis Konvo Di UMP

Alhamdulillah...
hari yg ditunggu2 telah tiba
syukur kepadaNYA kerana diberi kesempatan
utk menghadiri majlis konvo anak sulung di UMP,Gambang,Pahang
pada 18/10 yg lepas

hari Jumaat 16/10
pergi jemput suami kat airport Penang
sampai kat rumah jam menghampiri pukul 12 malam
saya cuma tidur2 ayam
jam 3 pagi alarm dah berbunyi

kami bertolak ke Pahang jam 3 pagi
sampai di Shah Alam jam 9 pagi
utk amik Alia kat MSU

Sampai di Pahang jam 12 lebih
dah jadi tabiat saya 
sukar melelapkan mata bila berubah tempat tidur

jam 6.30 pagi dah bertolak  ke UMP
dgn kepala yg terasa ting tong
saya berdoa janganlah saya rebah dalam dewan nanti..

Alhamdulillah...segalanya dipermudahkan...



majlis berakhir jam 11.30 pagi
keadaan diluar dewan yg panas berjerebu

semoga kejayaan si abang akan memberi semangat pada adik2

mak dan ayah  berbanga dgn kejayaan abang..


apa yg dibuat budak2 bertiga tu
semasa saya berada dalam dewan..?
  mendengar ceramah Ustazah Bahyah


 dah habis tempat  la tu depa geledah









03 October 2015

Resepi Kek Karamel

(A)-
Gula Hangus 2 sudu besar gula  
*tabur gula dlm loyang n masak atas api perlahan..
biar gula hancur dan warna tukar jadi perang)
Ketepikan dulu 

 (B) -
 Bahagian Atas 
1 cawan susu sejat 
1 cawan susu pekat manis 
1 sudu teh esen vanila 
3 biji kuning telur 
2 biji telur 

 (C) - 
Lapisan Kek 
140 gm tepung gandum
 *Ayak bersama baking powder 
70 gm gula kastor
3 biji kuning telur 
135 ml air biasa 
1 sudu teh baking powder
 45 ml minyak masak (minyak jagung)

 D)
 Merinque
 6 biji putih telur 
70 gm gula kastor 
1 sudu teh krim of tartar

 Cara-cara :

Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan. 
Kacau semua bhn (B) perlahan2.... Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan. 
Pukul bahan (C) *campurkan semua bhn kering dlm bekas..tuang bahan cecair yg sdh dicampur bersama ke dlm bhn kering..kacau sebati menggunakan handwhisk 
Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang , bila kita angkat ia tak jatuh...(meringue)

 Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati guna kaedah kaup balik..
jangan terlebih kacau nanti kek mendap or bantat. 
Bahagikan kepada beberapa bahagian ,letak pewarna n paste kalau suka..
Masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus dan keremel tadi (A + B)..
selang seli warna, letak ditengah2 loyang, . 
Bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas)
 - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak 
*Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja,






30 September 2015

Syukur Alhamdulillah...

Semalam..29/9..
genap usia perkahwinan saya yg ke 24 tahun
Syukur padaMU Ya ALLAH
Kau satukanlah hati kami suami isteri dgn kasih sayangMU

Dan 'hadiah' yg bermakna turut hadir
setelah menamatkan praktikal pada pertengahan bulan 8 lps
anak lelaki saya ditawarkan pekerjaan oleh IBM Cyberjaya
mula kerja Isnin depan


Insya ALLAH kami akan ke majlis konvonya pada 18 hb nanti di UMP Gambang,Pahang

Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.