Kuala Kangsar Bandar Diraja
Sabtu-15 dec
suami mengajak jalan2,ronda Kuala Kangsar
sebetulnya kami tak tahu pun
pada hari tersebut
PM melancarkan 1MVRP disana
huhu...mega pun jem
walaupun ketika saya sampai disana
jam 12 lbh
PM dah berangkat pulang
dan plan nak bermalam
di bandar Kuala Kangsar tak kesampaian
dek hotel,rumah rehat full
(org2 besar berkumpul disana)
bersolat Zohor di Masjid Ubudiah
mercu tanda Kuala Kangsar
Muzium DiRaja Kuala Kangsar
(dahulunya dikenali dengan nama-nama seperti Istana Kenangan,
Istana Lembah atau Istana Tepas)
telah didirikan pada tahun 1926,
di bandar Kuala Kangsar, Perak,
oleh seorang tukang kayu Melayu yang bernama Haji Sopian
dan dibantu oleh dua orang anaknya,
mereka ini berasal dari Seberang Perai.
Muzium Diraja Kuala Kangsar dibina atas
perintah D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah ( Marhum Kaddasallah )
sebagai tempat bersemayam sementara,
disebabkan ketika itu Istana Iskandariah masih lagi di dalam pembinaan
menggantikan Istana Negara.
Baginda D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah
bersemayam di Istana Kenangan ini mulai dari tahun 1931 hingga tahun 1933.
Setelah baginda berpindah ke Istana Iskandariah,
ia dijadikan Istana Tetamu terutama di hari-hari Perayaan DiRaja
seperti hari keputeraan, perlantikan orang-orang besar Perak dan lain-lain
Istiadat DiRaja Perak Darul Ridzuan.
Dari segi bentuk senibinanya,
Istana Kenangan melambangkan senibina Melayu Tradisional yang mengkagumkan.
Pembinaan bangunan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis keras,
berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan ( kayu jenis berlian ).
Paku-paku besi tidak digunakan dalam pembinaan bangunan ini.
Ia dihiasi dengan ukiran-ukiran Melayu yang menarik
yang menggunakan tepas yang dianyam dengan
corak-corak anyaman Melayu Tradisional.
Bangunan ini dibina di atas enam puluh batang tiang,
di mana panjangnya lebih kurang 41 meter dan lebarnya 11 meter.
Bentuk bangunan ini melambangkan sebilah padang
yang tersimpan di dalam sarungnya.
Bahagian tengah di atas bangunan ini ditempatkan sebuah singgahsana.
Tingkat bawah bangunan ini pula digunakan sebagai pejabat rasmi Baginda,
di mana ia mempunyai lantai simen dan disekelilingnya ditutup dengan bidai.
Nama Istana Kenangan telah diberikan pada tahun 1960-an
setelah diperbaiki dengan dayausaha Almarhum Tunku Abdul Rahman,
Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Istana Kenangan diduduki oleh keluarga DiRaja Perak sehingga tahun 1982,
apabila Almarhum Sultan Idris II telah berkenan menyerahkannya
di bawah pengawasan Jabatan Muzium Negara.
Pada tahun 1986, ia dijadikan Muzium DiRaja,
di mana penyelenggaraannya diserahkan kepada Pentadbiran Negeri Perak Darul Ridzuan.
Pada 16 November 1986,
Muzium DiRaja Perak ini telah dirasmikan oleh D.Y.M.M Sultan Azlan Muhibbudin Shah.

(sumber google)
Tasik Raban
lebih kurang 35 km dari Kuala Kangsar
sayangnya semasa singgah disini
tiada satu pun gambar diambil
tasik yg sungguh2 cantik
Gerik,Perak
Ni idea suami utk bermalam di pekan Gerik
jika dalam perjalanan blk ke Kelantan
walaupun melalui Gerik
tidak pernah pulak
'meneroka' pekan Gerik ni
banyak hotel bajet kat sini
sekadar utk melelapkan mata semalaman
cukuplah jika bilik mempunyai katil,tv,air panas,aircond
RM100 utk 2 bilik
satu bilik mempunyai 2 katil
suasana pagi yg berkabus
Diluar bilik penginapan
Baling,Kedah
Gerik ke Baling lbh kurang 60 km
so mengisi perut di Baling ajalah
Diluar bilik penginapan
Baling,Kedah
Gerik ke Baling lbh kurang 60 km
so mengisi perut di Baling ajalah
Tidak seperti di Gerik
melilau mencari tempat makan
di Baling bersepah dgn kedai2 makan
nasi ayam payung besar..
Sekian percutian insan marhaen seperti saya..:)
kalau saya ada waktu saya pun nak gi jalan jalan cuti2 macam akak. nak gi bercuti tak semestinya tempat glemer. saya lebih suka jalan2 tengok budaya dan makanan orang tempatan. :)
ReplyDeleteanum kalau pg sane comfirm nak terjah laksa kuala
ReplyDeletecantiknya muzium diraja tu
ReplyDeletemak aiii....lagi detail drpd org Kuala Kangsar sendiri yg bercerita. hehe..
ReplyDeletetak boleh masuk dah ker muzium tu?
ReplyDeleteharitu sy pergi kenduri kembar sy .. dekat dengan tasik raban.
ReplyDeletejauh juga ye jalan2
ReplyDeletesuka suasana kabus-kabus tu..tenang saja..
ReplyDeleterindunyer mesia biler tgk pic ni
ReplyDeleteehhh kaka nasik ayam payung besar ngan periuk besar tu lain ekkk
mana lg sedap????
Seronoknya percutian keluarga. Sungguh unik bangunan Muzium dan masjid Ubudiah itu. Memang amat wajar dirakamkan gambarnya, sebagai tanda kita amat menghayati dan menghargai keindahannya.
ReplyDeleteNama pun bandar Di Raja mestilah ramai pengunjung yg dtg ditambah pula cuti sekolah dan org-org kenamaan ada majlis. Sesekali menjamu mata tempat begini memang bagus.
ReplyDeletewak pon penah sampai kuala kangsar, muzium tu masih tertutup jugak yee.. hampehhh je kann makk??
ReplyDeletemasjid tu cheqna berhenti solat subuh pada 2 november hari tu...x sempat nak tengok secara menyeluruh...pagi beno sampai =)
ReplyDeleteadehh.. bile nak jejak kaki d sana ni.. 1 day akan sampai gak!!
ReplyDeletemurahnya harga hotel..boleh sgt klu nak pegi..bawak budak2 tgok tempat bersejarah nie best
ReplyDeletecantiknya senibina masjid dan Muzium Diraja tu..
ReplyDeleteSaya mmg plan nak ke Kuala Kangsar, nak ambik gambar masjid ubidiah tu...
ReplyDeleteMuzium tu masih lagi ditutup ke kak?
Alhamdulillah sy pun penah sekali sampai ke bandar diraja ni.. Menarik tempatnya..
ReplyDeleteada lagi tak gerai laksa kat area masjid tu..
ReplyDeletep/s orangkata, tak payah lagi beli barangan zebra di padang besar, di baling pun murah..
saya pernah ambik gmbr kat masjid ubudiah n muzium.
ReplyDeletesekali tu je sy sampai sana.
dh lama x p sana
ReplyDeleteKalau ke Kola Kangsa kena cari labu sayong...
ReplyDeleteJR kadang2 ke Baling...kakak tinggal di Kupang...
Suka sangat tenguk post macam ni.
ReplyDeletecantiknya gambar2 tu
ReplyDeleteWow! wow! Wow! daulat tuanku, inilah kehebatan panorama Malaysia antaranya..sangat cantik masjid ubud tu...tak rugi family kamsiah ke sana ya....so informasi bertemakan sejarah so menjadi references entry..tahniah
ReplyDeletelast sekali ada nasik ayam bestnya kak..saya tak penah sampai sini..saya penah sampai teluk intan je :)
ReplyDeleteMasa makchaq pi jalan2 lepas form 5 tu, istana lama ni dan masjid adalah salah satu tempat yang kami singgah.. tempat2 ni ada dalam map perak yang kami ambik kat stesen keretapi, tu yang singgah..
ReplyDeletebetol tu kak..kat baling memang banyak kedai makan..yg paling saya suka gambar kabus tu..dapat rasakan kesejukan cuacanya..
ReplyDeletebestnyer jln2. nik baru balik dari perak gak. tapi pi taiping..:)
ReplyDeleteMghabiskn waktu dgn family yg plg penting dlm hidup ni kamsiah! Lama x k.kangsar jugk ni!
ReplyDelete