27 April 2013

Bila Si anak Demam..

Si bongsu saya,Tasha
mengadu pening dan tak larat
ketika balik dari sekolah khamis minggu lps

saya pikirkan nak demam
mcm demam sblm ni
tampal coolfever kat dahi...dah sembuh

tp pada jumaat,sabtu..masih tak ok
hari ahad terpaksa telefon sekolah
dan buat surat tak hadir

Isnin-ke sekolah dalam keadaan tak sihat lagi
selasa-masih tiada perubahan
ptg-bawa ke klinik
(jgn terkejut
dah namanya doktor pakar
ubat2an ni RM92)
demi anak..
kata doktor,jika tiada perubahan lps makan ubat
rabu kena bawak lagi ke klinik

rabu-ke klinik lagi
suhu badan kejap turun,kejap naik

doktor memberi saya pinjam thermometer
utk monitor suhu badannya
tiap 6 jam,kena amik catatan..

khamis-ke klinik lagi
suhu badan 37.3-tinggi

buat urine test
alhamdulillah semua ok
(urine test rm15)

ayat yg saya tak suka dengar dari doktor
mungkin anak U kena denggi
sebab dah seminggu demam

pagi esok(jumaat) kena datang
utk buat ujian darah..

jumaat-suami terpaksa amik cuti
seawal jam 9 pagi dah terpacak depan klinik

Tasha relaks ja kertika proses mengambil darah
2 botol darah (sebesar jari) diambil
saya pulak yg tak sanggup tgk
lambatnya darah tu menitis..setitis demi setitis kedalam botol tu
(ujian darah rm62)

kata doktor,ptg nanti dia akan call
utk bgtau keputusan ujian darah

nak tunggu sampai waktu petang
saya berdoa,berharap agar semuanya ok

jam 6 petang saya terima panggilan dari doktor

"kami dah dapat keputusan ujian darah anak Puan
semuanya ok..takde apa virus denggi atau penyakit lain
ubat yg lain boleh simpan
cuma habiskan antibiotik saja."

Syukur pada Tuhan
leganya hati
letihnya 4 hari berturut2 berulang alik ke klinik


thermometer ni akhirnya dihadiahkan
oleh doktor pada saya
(lps diberi pinjam)

19 comments:

  1. semoga Tasha kembali sihat seperti biasa...:)

    ReplyDelete
  2. Kakak rasa macam musimlah pulak sekarang ni. Tempat kerja kakak bergilir staff yg demam/sakit. Tak sendiri yg sakit anak pulak. Kena cuti juga...

    Harap anakanda Tasya dah beransur sembuh.

    ReplyDelete
  3. SALAM.SEMOGA ANAK KAMSIAH CEPAT SEMBUH YA.AAMIIN

    ReplyDelete
  4. sekarang musim demamn kot..kat tempat saya gilir2 orang demam.. tak kira dalam bas yang batuk-batuk.. urmm..kena jaga diri dan antobodi kena kuat la ye.

    semoga tasha cepat sihat..insyaAllah..
    utk tasha: jangan liat makan ubat ye.. :)

    ReplyDelete
  5. yang penting tasha mesti sembuh, insha Allah, take care yer kak

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, syukur sangat kan. Memang risau kalai anak demam lama2. Ummi doakan Tasha cepat sembuh dan pulih sepenuhnya

    ReplyDelete
  7. Insyaalah...Akan sembuhlah tidak lama lagi. Sabarlah...

    ReplyDelete
  8. kesian Tasha ya..moga tasha cepat sembuh.. nasib tak ada apa2 yang teruk kan

    ReplyDelete
  9. dear friend, dulu saya pun prnah lalui bila anak tiba2 lemah, tk brdaya.ulang clinic, ambik darah check itu ini, akhirnya tak de pa pun ...legaaaa..masa tunggu result ujian darah tu tuhan saja yg tau macammana punya gedebuk gedebak..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah xde pape....moga tasha cepat sembuh....

    ReplyDelete
  11. mahal nyer ubat....

    cuaca sekarang ni tak berapa menentu kan...banyak kan minum air suam

    ReplyDelete
  12. Kesian Tasha.. lama demam.. mesti susut badan dia...

    Tapi syukur la x kena denggi.. khadijah pernah kena denggi berdarah 2 tahun lepas, dlm masa 1/2 jam ja bila start pendarahan bawah kulit, badan dia terus jadi biru... memang takut sangat...

    ReplyDelete
  13. Tak apa juga jika doktor nak ambil ujian darah. Ada tu doktor kata demam biasa lalu cuma diberi panadol. Akhirnya bila demam dah sangat tinggi dan pengsan baru nak buat ujian darah. Ketika itu baru disahkan denggi (berita seperti ini banyak tersiar dlm akhbar...)

    ReplyDelete
  14. moga cepat sembuh. kat klinik pakar mmg mahal skit..

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah semoga thasa cepat sembuh ya...raji makan ubat ya thasa

    ReplyDelete
  16. Sama la ngan anak saya. Yg kecik tu dlm bulan ni je 3 kali demam. Bila ambik darah tgk x de denggi. Cuma virus je.

    Harapnye tasya cepat sembuh ye. Risau kita dibuatnya kan..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.