Terdapat beberapa hukum tentang wanita memakai minyak wangi
iaitu harus, sunat, makruh dan haram.
Harus
Seseorang wanita itu dikatakan harus memakai wangi-wangian
ketika suami berada di rumah terutamanya ketika ingin melayan suami mereka.
Selain daripada itu, wanita tidak di haruskan memakai wangi-wangian.
Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud,
"Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu..."
(Riwayat an-Nasa'i dari Abu Hurairah)
Ini bererti seorang wanita itu haruslah sentiasa kelihatan menarik
dari segi akhlak dan penampilannya agar dapat menyenangkan hati suaminya,
termasuklah memakai minyak wangi untuk menyenangkan suami.
Sunat
Sunat bagi wanita berwangian ketika berada di rumahnya,
ketika ingin menunaikan solat dan beribadah di dalam rumahnya,
dan juga ketika menyambut tetamu wanita.
Terdapat hadis yang menjelaskan wanita juga digalakkan berwangi-wangian
tetapi bukan pada tempat yang telah dilarang.
Rasulullah telah bersabda yang bermaksud,
"Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya.
Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya"
(Riwayat al-Tarmizi)
Wanita juga disunatkan memakai wangian sebelum melakukan ihram.
Aisyah r.a berkata,
"Kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah s.a.w.
Ketika hendak berihram,
kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami.
Ketika salah seorang di antara kami berpeluh,
minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka
dan Rasulullah s..aw melihat hal itu,
tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi s.a.w tidak melarang)"
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Makruh
Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh.
Ini telah umum disepakati oleh ulama dan terdapat penjelasan dalam bab puasa.
Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alasan ialah fatwa Imam
Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan
"makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa"
Haram
Haram bagi wanita memakai minyak wangi
atau alat-alat solek yang berbau wangi di luar rumah berdasarkan hadis berikut,
"Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum
(orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina"
(Abu Dawud, Tirmidzi)
Nabi s.a.w bersabda
"Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid
nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut)."
(Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)
great sharing
ReplyDeleteterima kasih kak atas perkongsian nie :-)
ReplyDeletebaru tahu cara mrk pakai minyak wangi calit kat kening ...
ReplyDeletelo nie sejak dok sibuk nge anok2 dok umoh pun tokde nok pakai minyok2 wangi..hehehe
ReplyDeleteAssalam kak..thanks atas perkongsian,.,. :)
ReplyDeleteAkak guna deadorant jer Kamsiah utk elak bau badan..
ReplyDeleteSelamat berpuasa kamsiah.. mohon maaf jika ada komen yg menyinggung perasaan ye :)
IM selau guna minyak wangi kasturi. ibu_suri adalah orang yang selalu peringatkan IM memakainya..
ReplyDeleteKalau tak nanti, dia akan kipas hidungnya selepas peluk IM sebelum pi kerja...
salam k.kamsiah..
ReplyDeletethanks sharing..cma sukaaaa pakai minyak wangi.. ehehhe
good sharing ^_^
ReplyDeleteTerima kasih atas peringatan ini.
ReplyDeleteSalam Ramadhan untuk Kam serta keluarga dan seluruh umat Islam yang bakal menyambut Ramadhan mulai esok...
Tahun ni saya mula ada perfume balik sejak rasa ank dah besar sikit. Ada kawan bagitahu utk baby tak elok perfume ni.
ReplyDeleteAlamak, kak! Saya sangat sukakan minyak wangi. Memang rasa tak tentu arah kalau tak berwangi-wangian. Bukan untuk sesiapa pun tapi untuk kepuasan diri sendiri. Dah jatuh hukum makruh dan haram tu, susah juga rasanya nih...
ReplyDeletedulu sy memg hantu perfume...skang xlg..kalo beli perfume pun beli jnis yg botol.kecik rool on tuh...pakai bila rasa perlu...
ReplyDeleteTerima kasih infonya gan.
ReplyDeleteLumayan buat nambah wawasan.
Gema Parfum
Minyak wangi wanita.
----------