28 September 2014

Kenakalan Zaman Kanak-Kanak

Rumah ayah saya kat kampung
walaupun tak ada kebun durian
tapi berbagai jenis buah2an disekeliling rumah

Disebabkan tanah yg luas
maka rumah jiran2 agak jauh

Salah sorg jiran terdekat adalah datuk saudara saya
kalau panggil memang tak dengar
kalau ada apa2,terpaksa pergi kerumahnya

Pokok durian yg paling sedap
isinya tebal kekuningan..lemak berkrim
terletak dibelakang dapur datuk saudara saya tu

orang kampung...sempadan tanah mana ada pagar2 semua tu....

Durian yg sedap tu
jarang dapat kat keluarga saya
sbb dirembat oleh datuk saudara saya tu

Durian jatuh ja...dia amik..

Idea jahat utk mengenakan dia mula timbul

Nak buat idea jahat ni
ketika mak ayah tiada dirumah(nnt kena marah)

Ambil sebiji atau dua biji kelapa
seeloknya yg berkulit hijau sbb ianya berat
(biasanya 2,3 org akan join)

Pergi dekat bawah pokok durian
Dan..lambung/ baling buah kelapa tu sekuat tenaga yg ada..

Cepat2 menyorok..
belakang pokok ke...dalam semak ke..

Beberapa minit kemudian..

Terbongkok2 datuk saudara saya tu keluar
tercari2 durian..mata melilau2..

Haha..gelak ... tp kena tutup mulut..

Bukan sekali.....bkn 2 kali
tp sampai musim durian habis...

sapa tak tergoda tgk durian mcm ni..:)

22 comments:

  1. Memang mengancam sangat gambar doreyan tu, saja nak bagi kita orang terliur ke apa... hu hu hu

    ReplyDelete
  2. kelihatan besar...arouma mewangikan blog..kena makan cepat tu...memory indah kan..

    ReplyDelete
  3. amboii nakalnye kak kamsiah dulu ye..
    kenekan atok sedara pulak tu...
    blakang kampung rumah arwah atok mmg ade dusun durian
    rindue dgn sepupu2 dok cari durian

    ReplyDelete
  4. gamba last tu yg paling menggoda huhu

    ReplyDelete
  5. hehe..nakal ye kak.kalau anak-anak buat gini akak kena senyum jelah ye :)

    ReplyDelete
  6. Baling buah kelapa itu juga salah satu cara yg saya buat dulu. Kadang2 tak tahan gelak ketika sembunyi belakng pokok sampai si-pencari durian tersedar dia telah tertipu. Tapi ada satu cara kreatif lagi yg saya pernah buat: selepas semua isi durian dimakan, ikat kulit durian yang telah dimakan itu elok-elok dan letakkan di bawah pokok durian, kemudian baling buah kelapa! Si-pencari durian yang penglihatan tak jelas di waktu malam terus ambil buah durian yang cuma tinggal kulit itu dan bila sampai ke rumah baru sedar dia tertipu!

    ReplyDelete
  7. tapi masa tengah operasi menyakat tu kena hati2, pakai helmet atau sembunyi bawah tempat terlindung. silap haribulan kena hempap buah durian pulak...

    ReplyDelete
  8. hahahah boleh tahan nakal jugak akak masa kecik yer... berat pun sanggup berpenat sebab nak kenakan orang hahaha. tu la kisah lama lucu kan bila ingat balik.

    ReplyDelete
  9. Haha.. masa kecil2 ya. Mesti gelak besar kalau disebut pasal kes tu sekali sekala bila dah besar ni ya kak..

    ReplyDelete
  10. Seronok bila kenang zaman kanak-kanak..buat apa-apa pun selamba je..

    ReplyDelete
  11. Hehehe.. mencuit hati pula. tersenyum2 membacanya.. nakal ni.. kikikiki...
    terliur tgk durian tu.. sedap...

    ReplyDelete
  12. Terubat rindu melihat blog terbaik Etuza, tiap paparan ada kelainannya ..kalau dilihat betul2 blog ini lah antara blog penuh pesona..tahnia yang mentadbir. Cintailah blog sayangi pengunjung blog. Ukuhuwa indah terjalin..kenangan lalu menjadi luahan antara menyeri blog. Zaman kanak2 sememangnya indah di kenang. InshaAllah..

    ReplyDelete
  13. hahahahha mmg nakal nk mengena kak... tp lumrah kan kak, kadnag rasa tak puas hati tuh yg ada mcm2 idea nk mengenakan

    ReplyDelete
  14. hahahha... bleh plak ye ;p sy tak makan durian fresh tapi sy mkan tempoyak hihihi ;p

    ReplyDelete
  15. Hahaha. Zaman kanak-kanak memang banyak memori indah. Nakal budak-budak dulu cam tulah. Sekarang ni lain pulak gaya nakal mereka :)

    ReplyDelete
  16. Hahaha, notty jugak masa kecik rupanya.... Kesian kat atok ingatkan durian yg jatuh...

    ReplyDelete
  17. waduh!!!! klau idi durian mcm ni d pasar mlm mahu sebiji rm10

    ReplyDelete
  18. Saya klu bab durian ni mmg kalah... tak reti nak menolak hehee.. :D

    ReplyDelete
  19. Haha...dah mintak maaf ke belum ngan datuk sedara tu?
    Budak budak biasalah kan Kam.....mmg nakal, janji puas hati hehe

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.