Kakak ke 3 saya yg berada di Kelantan
dijadualkan akan menjalani pembedahan pagi ni-Potong kaki
di HUSM
setelah beberapa kali ditangguhkan
Bukan kerana kencing manis (paras gula normal)
tidak jugak darah tinggi
Tapi disebabkan Jantung
Dia dilahirkan dengan jantung bermasalah
dan pernah dirujuk ke IJN sebelum dia kawen dulu
(saya masih igt masa tu
arwah emak gadaikan barang kemas
utk menampung perbelanjaan kesana)
Dek kerana dah berpuluh puluh puluh puluh tahun
dok makan ubat
akhir2 ni dia makan ubat ikut suka hati
(mungkin dah jemu )
Kesannya jantung tak boleh mengepam darah dgn sempurna
darah menjadi pekat dan tak mengalir lancar
Beberapa hari sblm raya haji
satu ptg,dia merasa kebas dan menyucuk2 satu badan
Kakak dimasukkan ke hospital besar KB sebelum dipindahkan ke HUSM
gambar ketika mula2 masuk hospital (saya tak sanggup upload gambar terkini kakinya.. melihat area yg ditanda dgn marker pen oleh doktor bahagian itulah yg akan dipotong sangat2 sebak) |
Namun sudah ditentukan olehNYA
saraf2 dikaki dah tak berfungsi...mati..
dari kaki sampai ke buku lali kehitaman
dah takde cara lain kata doktor
melainkan terpaksa potong bahagian tu
Kakak begitu tabah dan positif
sebaliknya ahli keluarga dan adik beradik yg terasa sangat sedih dan sebak
(saya cuma mampu SMS bertanya keadaan dia
tak mampu nak telefon..tak boleh nak bercakap..sebak..)
Kakak saya ni dikurniakan 2 org cahayamata
yg sulung,perempuan sedang mengajar di Sarawak
yg si adik (lelaki) masih menuntut di UMK,Jeli,Kelantan
TUHAN telah menentukan begitu...
tumpang bersimpati, sudah itu takdirnyer, kita sama2 doakn yg terbaik yer !
ReplyDeleteSalam Isnin KY...
ReplyDeleteDugaan hidup kita semua berbezakan...Semoga kakak sis dipermudahkan segala urusan...
salam takziah
ReplyDeletesemoga semua urusan di permudahkan
sentiasa kuat dalam menghadapi ujian allah ya
Moga urusan dipermudahkan dan ada kesembuhan untuk kakak Pn Kam, aminnn, moga dia bertambah sihat dan tabah menghadapi ujian dariNYA
ReplyDeleteSaya doakan moga urusan surgery beliau dipermudahkan...Insya Allah, setiap yg berlaku, ada hikmahnya..
ReplyDeletetumpang sedih dengan nasib kakak akak..semoga dia tabah inshaallah..
ReplyDeletekalau kat sini sy kerap mengdengar kes mereka kena potong kaki sebab kencing manis..tp most of the cases umur mrk tak panjanglah...Allah lebih sayang..
*-*
moga tabah..berat ujian ni...sabar...
ReplyDeleteturut bersedih...moga kakak tabah n reda dgn ujian-nya...insya Allah pasti dipermudahkan segala urusannya....
ReplyDeletesedihh baca..doakan yang terbaik untuk dia..moga dia tabah melaluinya..
ReplyDeleteAsalam..baca entry ni, rasa sebak, kesian...dan simpati berat mata emandang berat lagi bahu memikul..
ReplyDeleteinilah ujianNya. Dalam hal ni sebenarnya pelbagai iktiar kena buat, kita tak boleh berserah pada takdir..ada jalan tetapi kadang2 jalan itu tertutup bila kita terlalu berserah..Wallahualam..apa lah daya..kena bersabar ya. kita doakan dia tabah lepas ni..redha dan ingat allah banyak2
Assalam..
ReplyDeleteInnalillahhhiwainnailaihirojiuun..
takziah buat akak sekeluarga...semoga kakak akak tabah menghadapi ujian ni..qada' dan qadar...ketentuan Allah tak siapa dpt menyangka..
saya yg baca ni pun turut rasa bersedih.. selama ni kita dah biasa hidup cukup anggota, tiba dpt2 dugaan macam ni.. mmg tak terkata... sama cam abg saya yg masih koma tu..cukup 6 beradik..tiba2 sorg jadi macam tu... mmg tak boleh terima hakikat.,. semoga mereka diberikan kekuatan, redha dengan ujian yg Allah SWT datangkan buat mereka & keluarga.. :'(
tersentuhnya!tp alhamdulillah la ada gak dua org ank n dah berjaya pun..moga kakak kamsiah tabah la menerima takdirnya...
ReplyDeletesemoga mereka sekeluarga tabah menghadapi ujian ini..
ReplyDeleteSalam Kam,
ReplyDeleteSebak juga Mak Aji membaca kisah kakak Kam ini. Tabahkanlah hati menerima dugaan berat ini. Moga beliau akan bertambah sihat selepas ini, insya-Allah!
Allah... sedihnya apa lagi tak dpt berada disisinya selalu. Moga kakak itu kuat dan tabah. Doa kakak juga moga surgerynya berjalan dgn lancar, tak ada komplikasi lain...
ReplyDeleteSalam Kak Sam,
ReplyDeleteAllahuakhbar.. berat sungguh dugaan. Semoga beliau tabah mengahadapinya.
semuga beliau dan ahli keluarga tabah dengan ujian ini..
ReplyDeleteSedihnya..moga Allah meringankan dugaan ini dan dipermudahan segala urusan...IN SHAA ALLAH
ReplyDeleteMoga kuat dan tabah dengan ujian Allah ni. Moga dia cepat sihat.
ReplyDeletesemoga semuanya berjalan lancar.....
ReplyDeletesemoga kakak dan kak kamsiah sekeluarga tabah menempuhi ujianNya.
ReplyDeletesalam takziah kak..
ReplyDeletesmoga semuanye brjlan dgn lancar
mmg sedih n amat berat utk terima perkara mcm ni. lya faham sgt perasaan mcm ni. apa2 pon lya doakan semoga kakak akak kuat serta tabah utk melaluinya. tuhan sudah aturkan perjalanan y indah utk dia..
ReplyDeleteSetiap dari kita diberi dugaan berbeza, mudah2an seluruh ahli keluarga tabah hadapi semua itu.. insya allah dipermudahkanNya, aamiin
ReplyDeleteYa Allah... moga dia ok, tapi kalau dah terpaksa, nak buat macam mana kan. Doakan the best for ur sister, amin,
ReplyDeleteSalam. Walaupun tak kenal, tapi rasa sedih. Semoga dipermudahlan dan diberi kesembuhan.
ReplyDeleteTersentuh bc..moga kakak awk semakin kuat n tabah. Moga awk juga kuat n bersemngt membantu kakak lebih semangat.
ReplyDeleteMoga Allah swt permudahkan segala urusan. Moga juga ada kebaikan disebaliknya. Allah Maha Mengetahui.
ReplyDeleteBiarpun tak kenal tapi bila baca terasa sedih. Semoga dikurniakan kesabaran yang tinggi dalam menempuh ujian dariNYA.
ReplyDeleteTakdir yg tersurat utk kita tak sama. Itu takdirnya, takdir kita tak tau lagi..
ReplyDeleteSemoga operasi berjalan lancar dan dia akan mengikut semua arahan doktor termasuk pengambilan ubat bagi mempercepat proses penyembuhannya...
Espero que tu familiar siga mejor.
ReplyDeleteUn martes muy pura vida desde Costa Rica..
asalam..bagaimana keadaan dia sekarang, sudah keluar wad ka..balik rumah.simpati..
ReplyDeleteMadam kamsiah cuba buat entry memohon sumbangan para blogger..ini lah masa..tak apa jika ada sedikit itulah ikhlas kami, inshaallah ..sekurang2 ada tambahan belit alat keperluan dia..banyak keparluan rasanya apabila kaki kena....tak sangup caKAP..USAHAKAN BUAT ENTRY YA..
ReplyDeleteTakdir kakak nya dah nampak semoga di permudahkan...takdir kita yang nampak sihat sehari dua ni belum tentu lagi...
ReplyDeleteAllahuakbar...tumpang simpati...
dia insan terpilih utk menerima ujian itu . semoga beliau tabah dan redha dgn apa yg bakal ditempuhi ...
ReplyDeleteSemoga tabah kak. Lama tu hidup bergantung dgn ubat. Bertuah juga si kakak kak kamsiah ni. Kerana dikurniakan 2 org cahaya mata.. Kakak ipar ana, sakit jantung jugak. Paling sedih, tak dapat mengandung. Hm..
ReplyDeletesalam k.kamsiah..
ReplyDeleteinnalillahiwanailahirajiun..
semoga kakak akak cepat sembuh dari operation..
semoga segalanya dipermudahkan
ReplyDeleteinsyallah dia kuat and tabah =') kena kasi sokongan.
ReplyDelete