18 January 2017

WW :Bunga Kemboja


Bunga kemboja yang indah 
Kau tumbuh dan lebat berbunga
Kau sungguh cantik bak winona 
Keindahanmu menyihirku.

Bunga kemboja yang indah
 Ada yang merah, putih dan kuning warnamu
Kau juga kadang di lambang kematian
Tumbuh subur di pusara terakhir.

Bunga kemboja yang indah 
Rupa warnamu memang indah 
Tapi kau dipandang sebelah mata 
Hanya dianggap penghias makam.

Bunga kemboja yang indah
 Kau tumbuh dengan tulus di tanah 
Bertemankan gulma dan rumput rumput 
Tiada yang merawatmu.

12 comments:

  1. Bunga kemboja kalau masa kecik lagi pokoknya duduk dalam pasu cantik. Tapi kalau dah tinggi itu yg susah kalau nak jaga kat rumah taman ni. Kalau duduk kampung best boleh biar besar mana pun sebab bunga dia tahan.

    ReplyDelete
  2. cantik la yg hitam merah tu...rietta xpernah tgk...dulu tinggal di asrama, ada beberapa pohon yang di tanam, besar pokoknya...cantik, sejuk pandangan mata....

    ReplyDelete
  3. Kak Kam, kat rumah ni pun ada bunga kemboja yang merah tu...mak saya tanam.. tapi bila dah berbunga and cantik, mula la tetamu yang datang mintak... mak pulak jenis murah hati... main kasi jer... jadi selalunya pokok kemboja ni tak pernah sempat nak besar... hehe

    ReplyDelete
  4. INDAHNYA PUISI BUNGA KEMBOJA...KOMBAJA SEPSIS BARU PELBAGAI WARNA KANMAIN CANTIK LAGI

    ReplyDelete
  5. Canteknya bunga2 kemboja berbagai warna rupanya,wangi kan....tapi biasanya banyak yg jadi penaung pusara.

    ReplyDelete
  6. cantik bunga kemboja yg mule2 tuh kak....

    skrg ni kemboja org tanam jd pokok hiasan bkn tanam kt kubur je...

    ReplyDelete
  7. Sekarang ni dh ada pokok kemboja hybrid yang sesuai di tanam dalam pasu
    atau dijadikan bonsai. Mempunyai pelbagai warna bunga.
    Harganya pun boleh tahan.

    ReplyDelete
  8. Tak perasan pulak ada kemboja berwarna warni. Ingatkan kaler putih jer penghias kuburan.

    Ceteknya ilmu ini tentang bunga bungaan...hik!

    ReplyDelete
  9. Cantik memang cantik ye tapi bila tengok bunga ni teringat mcm kat kubur pulak ye Kam. Aduhhhh

    ReplyDelete
  10. Cantiknya gambar2 bunga kembija ni...memang suka tengok

    ReplyDelete
  11. yela kan kak...selalu nampak di tanah perkuburan

    ReplyDelete
  12. memang cantik..tapi sayang dikaitkan dengan kubur sahaja. Dalam pantun yang pertama tu disebut winona. Winona tu apa?

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.