Showing posts with label Makan -makan. Show all posts
Showing posts with label Makan -makan. Show all posts

19 February 2011

Lunch @ Puncak Mutiara Cafe

hari ni my beloved hubby
dgn baik ati nya
telah membawa isteri serta anak2 lunch'
kat Puncak Mutiara Cafe

pada anak yg tak dibawa tu
jgn jeles ya...
habis study bln 4 ni
ayah bawak kesana lagi...

budak2 ni mmg sawan bergambar










acara berposing sebelum
makanan yg diorder tiba



antara tempat makan...

buku menu punya la tebal

rambang mata nak pilih la tu...

dikelilingi suasana hijau
dan angin bertiup nyaman..

chocolate shake-RM 5.50




besarnya ABC-RM 5.80
banana split -RM 9.80
Tasha melihatnya dgn muka
yg tak sabar nak makan
terpaksa menghabiskan ABC dan air kelapa...

Nasi briyani ayam-RM 14.70
Briyani gulai ayam kampung-RM14.70
menikmati love boat sampai meleleh2...


cendawan goreng




pernah keluar kat paper

klik sini




20 January 2010

Cream Puff

sedap utk minum petang..



Cream Puff
65 g tepung gandum
secubit garam
50 g mentega
150 ml air
2 biji telur, dipukul sedikit

Cara membuatnya
1. Ayak tepung dan garam
2. Jerang mentega dan air sambil dikacau hingga mentega cair.
3. Padamkan api, masukkan semua tepung ke dalam periuk, kacau pantas.
4. Bila adunan sebati dan tidak melekat pada periuk, ketepikan hingga suam.
5. Masukkan telur, kacau rata. Isikan ke dalam beg aising.

Picit adunan ke atas tin pembakar beralas kertas timah.
6. Bakar pada 220 C selama 20-25 minit atau hingga kembang dan keperangan.
7. Buka ketuhar, cucuk setiap paf dengan hujung pisau. Bakar semula selama 5 minit. Angkat dan biar sejuk atas redai.

Inti Kastard
450 ml susu segar/UHT
150 ml krim putar
70 gm gula kastor
50 gm tepung kastard

Cara membuatnya
1. Jerang susu dan krim hingga panas tapi jangan sampai mendidih.
2. Campurkan gula dan tepung kastard ke dalam mangkuk.
3. Kacau adunan dengan pemutar belon (egg whisk) sambil menuangkan susu panas.
4. Jerang di atas api sederhana sambil dikacau hingga pekat. Bila sejuk barulah digunakan.

post signature

28 September 2009

Buat Kerepek Pisang

pisang ni...org yg bg
setandang pisang abu..

tangan sapa tu....


proses mengupas yg menghitamkan tgn
dek getah pisang..

rendam dlm air yg dicampur
serbuk kunyit,garam dan sikit ajinomoto


goreng

hasil dari setandang pisang...

ngap..ngap..ngap..sambil tgk tv..





post signature

04 March 2009

Singgang Daging


Orang Kelantan memang tersohor dengan masak singgang2 ni. Singgang ikan, singgang daging, singgang kacang bendi dan macam2 singgang lagi la
Selain daripada mudah disediakan, singgang daging ini tidak menyebabkan orang jemu/muak memakannya tidak seperti masakan sup atau kari.





ni antara bahan2nya



1/2 kilo Daging(dihiris nipis), sedikit tulang, sedikit daging berlemak.
8 ulas bawang merah~dimayang
5 ulas bawang putih~dimayang
2 inci halia~dimayang
1 1/2 inci lengkuas~dimayang
segengam ketumbar biji~ditumbuk separuh lumat
6 biji cili kering~dipotong,dibersihkan dan direndam dengan air panas.
sedikit gula manisan/gula melaka( lebih kurang 1/2 keping)
1 keping asam keping gelugur.
garam secukup rasa
air untuk kuah.

Cara membuatnya.

1. Air anggaran cukup untuk daging 1/2 kilo di atas api.
2. Masukkan bahan2 yang dimayang, ketumbar, asam keping, daging, tulang dan daging berlemak.
3. Biarkan kuah mendidih sehingga daging dan tulang empuk.
4. Masukkan cili yang telah direndam, garam dan gula melaka. Biarkan semua bahan mesra.
5. Rasai garamnya dan bolehlah diangkat.




09 August 2008

Nasi Dagang Versi Kelantan

2 kg beras,bila masak dapat seperiuk besar...
sila la...
gulai ikan tongkol@kayu@aya

ni resepi gulai ikan tongkol
(atas permintaan Tirana)

yg saya buat ni:
-5 ekor ikan tongkol
-direbus bersama asam gelugur dan garam,rebus smp kering airnya(supaya tak cepat basi)
-1 kg santan
-10 ulas bawang merah dan 5 ulas bawang putih
-10 biji cili kering(blend bersama bwg merah & putih tadi)
-asam keping@asam gelugur)3,4 keping)
-1 in lengkuas dan sikit halia(blend bersama cili kering& bawang tadi)
-sikit serbuk kunyit

gaulkan kesemua bahan kedalam santan..masak la mcm biasa..JANGAN ditumis terlebih dahulu tau..!!
dah masak dah...
beras yg dikukus kali kedua,yg dicampur bawang merah,halia,santan,sikit garam & gula
ikan kayu@tongkol@aya..yg direbus bersama asam gelugur dan garam

bawang merah dan halia yg dimayang halus
rendam semalaman bersama segengam halba dan 2 cawan beras pulut (utk menambah 'kelembutan' nasi dagang nanti)
beras nasi dagang made in Kelantan..kirim kat kawan balik kg kat sana..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.