Showing posts with label Senduduk. Show all posts
Showing posts with label Senduduk. Show all posts

11 April 2013

Senduduk Pun Dah Ada Harga


Pada saya,senduduk adalah tumbuhan liar
ketika dikampung,zaman kanak2 dulu
pokok ni langsung tiada nilainya

pokok ni tumbuh dgn suburnya ditebing sungai
berhampiran rumah ayah

buah senduduk saya gunakan
sbg 'peluru' yg diisi dalam senapang buatan sendiri
(mengunakan buluh)
main tembak2 dgn kawan2...
walaupun tak sakit
tp buah senduduk yg pecah
meninggalkan kesan ungu pada baju
(blk rumah,kena marah kat mak)

sekarang..bila ke nurseri
macam2 warna senduduk ada
pink,ungu,putih
dan harganya pun boleh tahan

dan baru saya tau
ada jugak yg makan kelopak bunga senduduk
sbg penyeri wajah
ala2 makan kelopak bunga ros gitu

utk pelbagai masalah kesihatan
senduduk juga banyak khasiatnya
dari akarnya,daun,batang dan bunganya
semuanya berguna


gambar ni dirakam ditebing sungai
berhampiran rumah ayah dikampung
ianya masih setia disitu
seperti zaman kanak2 saya dulu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.