Kalau perempuan tidak boleh memasak,
dikutuk dan disuruh belajar.
Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan,
tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Bagi kebanyakan lelaki tidak sempurna
seorang wanita jika tidak tahu memasak.
Wanita sepatutnya buat begitu juga !!
Syarat utama menjadi suami
mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata,
jika itu syaratnya bermakna makin ramai
wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita
di dapur sebagai perkara utama
dan ungkapan hendak memikat suami,
perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran
atau berjawatan tinggi dan
penyumbang utama kewangan
dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji
isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja
tidak pernah dilupa walau dia tidak
mengambil inisiatif
mempelajari ilmu menjadi imam.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar
dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak
Jika handal bukan setakat masak
untuk keluarga sendiri,
kalau boleh perlu boleh memasak
untuk tiga pasukan bola.
Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan
undang-undang itu kepada lelaki juga?
Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam
kepada keluarga sendiri,
sudah terror boleh mengimam
satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak,
mereka tu bolehkah jadi imam?"
Maka bertanyalah wanita kini kepada
beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak
confident menjadi imam sebab takut
bacaan al-Fatihah tidak sempurna,
salah tajwid atau pun dia
merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia
dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab,
Ada juga menjawab,
rasa kelakar pula apabila
dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan
sepertimana masyarakat memberatkan
wanita perlu pandai
memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam
supaya kewibawaan mereka sebagai ketua
keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.
Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
Masalah oghang kite ni.......
ReplyDeletebende bile udah jadi tughun temughun....
yang tu le deme dok ulang2....
padehei takde pun dalam Islam kate yang Perempuan mesti wajib memasak untuk suami.....
kalo ikotkan betoi lelaki yang kene buat oooo.....
tapi tu le...oghang kite...
@DKosongLapanmalu tak bertempat..malu nak jadi imam pd keluarga,bimbang ditertawakan..
ReplyDeletebuat benda lain..tak pulak malu..!1
insyaallah LELAKI ini telah dilatih untuk menjadi IMAM
ReplyDeleteOrang pompuan yg tak tau masak ni ibarat pisau tumpul..kalau diasah sekojap je tajamnya..
ReplyDeletetapi kalau kaum adam yg tak leh jadi imam ni ibarat mengasah belakang parang..terpaksa ambik masa yg lama..kalau tak bermula dari usia rebung..memang liat sikit..
namun kesilapan boleh dperbaiki..
Kita hidup saling memerlukan antara lelaki dan perempuan, kena ada toleransi antara kitakan..kita sebagai manusia biasa memang tak ada yang perfect..jadi sama-samalah kita bekerjasama antara satu dengan yang lain..
ReplyDeletesy sgt setuju, kak..
ReplyDeletedorang ni..kalo bab2 yg seronok bg dorang semua nak ikut sunnah nabi. Nak kawen lagi satu ikut sunnah nabi..
tp kalo bab2 lain..takde pulak..
slalu pompuan dipndang begitu, kan. setuju 100% la dgn entry awak ni.
ReplyDeleteAsalamualaikum ..
ReplyDeleteCantik n3 kali ini, ya sebaik2 lelaki adalah yang tahu tanggungjawab sebai suami yakni ketua keluarga, termasuk menjadi imam kepada isteri.
Handal memasak itu si isteri..dan pastilah yang bijak memimpin rumahtangga itu adalah si suami.
Tq peringatan berguna..
Setuju kak ,
ReplyDeleteInsyallah ... akan saya didik anak2 lelaki saya diusia mereka yg masih muda ini .
Thanks kak ..mmmuah !
nampaknya masak lg penting dari j imam...
ReplyDeletewalaupun saya pelat 'R'..saya boleh dan pernah jadi imam :D
ReplyDeletePerempuan kalau tak pandai masak boleh Drive Thru. Laki kalau tak pandai iman tak dapat nak nolong.
ReplyDeletesolat berjemaaah mmg lebih afdhal utk pasangan suami isteri... kan kak!
ReplyDeletebest jugak topik ni...biar mata suami terbuka luas...eheheheh
ReplyDelete@apih el nino
ReplyDeletesetuju2..hihi