10 February 2013

Rama-rama

Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka,
 ceria dan terpesona. 
Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. 
Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. 
Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.

Apakah perbezaan antara rama-rama dan kupu-kupu? 

Secara mata kasar, mereka kelihatan sama. 
Mereka daripada keluarga yang sama iaitu Lepidoptera
--masing-masing mempunyai sisik pada sayap.

 Akan tetapi, jika diperhatikan dengan teliti, 
fizikal kedua-dua serangga ini amat berbeza. 
Contohnya badan rama-rama lebih kurus dan panjang 
manakala badan kupu-kupu lebih besar dan gemuk serta sesungutnya berbulu.

 Rama-rama lebih berwarna-warni berbanding kupu-kupu 
dan melakukan aktiviti pada waktu siang.

 Sebaliknya kupu-kupu pula lebih tertarik kepada cahaya bulan
 atau lampu dan bergerak pada waktu malam.
Selain itu, rama-rama hanya terbang untuk
 mengekalkan suhu badan malah sayapnya 
terlipat tegak semasa berehat. 

Kupu-kupu pula akan mengembangkan sayapnya apabila berehat. 
Perbezaan yang lain lagi ialah pada rupa. 
Rama-rama menghasilkan bebenang
 sutera untuk membuat kakun 
(asal-usul rama-rama ulat sutera dapat nama). 
Sebaliknya, kupu-kupu pula tidak.




















25 comments:

  1. akk snap sendiri ka gmbr ni semua? terer ahh..cantik.

    ReplyDelete
  2. salam kak..
    menarik kan rama2 nie..pelbagai corak yg pastinya tidak sama antara 1 sama lain..

    ReplyDelete
  3. Pandai tangkap gambaq.. btw, ni kat Taman Rama2 ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat berbagai tempat..taman rama2 pun ada..kat kg pun ada..

      Delete
  4. jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama maksudnye apa makk? tak laku kah bunge ituuu..,uuuHUuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunga yg dah hilang 'serinya' atau rama2 yg dah tak minat bunga lagi hehe

      Delete
  5. subhanallah...cntik nya ciptaan Allah.

    ReplyDelete
  6. rasa tenang ja melihatnya..siapa tak rasa tu...kurang menghayati keajaiban kuasaNya. cantik...lukisan alam...

    ReplyDelete
  7. rama rama ni boleh dijadikan contoh, hidup sekejab je, tapi cantik dirinya mengagumkan semua orang...

    ReplyDelete
  8. Rama2 memang cantik, tapi sayangnya usia rama2 tak panjang, jika tak silap antara 2-3 minggu saja....

    ReplyDelete
  9. Salam Kam,

    Foto2 yang cukup bagus yang memaparkan rama2 yang sungguh cantik!! Syabas! Mak Aji susah nak ambik foto rama2 sbb xleg zoom dekat, bila gi dekat mrk cabut!!

    ReplyDelete
  10. alahai..pepagi banyak rama2 kat laman akk.susah juga nak amik gambarnyakan? kena ada kepakaran.
    cantik gambar rama2 ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah sbb dia akan terbang..hinggap..terbang..bergerak2..kena tunggu...fokus...

      Delete
  11. datang nak puaskan hati tengok si rama2...)

    ReplyDelete
  12. subhanallah..cantik gila..gila cantik rama2 tu..haha.

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.