Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka,
ceria dan terpesona.
Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama.
Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga.
Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.
Apakah perbezaan antara rama-rama dan kupu-kupu?
Secara mata kasar, mereka kelihatan sama.
Mereka daripada keluarga yang sama iaitu Lepidoptera
--masing-masing mempunyai sisik pada sayap.
Akan tetapi, jika diperhatikan dengan teliti,
fizikal kedua-dua serangga ini amat berbeza.
Contohnya badan rama-rama lebih kurus dan panjang
manakala badan kupu-kupu lebih besar dan gemuk serta sesungutnya berbulu.
Rama-rama lebih berwarna-warni berbanding kupu-kupu
dan melakukan aktiviti pada waktu siang.
Sebaliknya kupu-kupu pula lebih tertarik kepada cahaya bulan
atau lampu dan bergerak pada waktu malam.
Selain itu, rama-rama hanya terbang untuk
mengekalkan suhu badan malah sayapnya
terlipat tegak semasa berehat.
Kupu-kupu pula akan mengembangkan sayapnya apabila berehat.
Perbezaan yang lain lagi ialah pada rupa.
Rama-rama menghasilkan bebenang
sutera untuk membuat kakun
(asal-usul rama-rama ulat sutera dapat nama).
Sebaliknya, kupu-kupu pula tidak.


Pintu Kayu Durian