23 December 2018

Mi Hailam


Bahan-bahan diperlukan:

 Sedikit daging lembu dihiris nipis.
. Kalau nak masukkan ayam boleh gak. 
10 ekor udang
 Bawang merah besar ( 1 labu - yang sederhana je dicincang)
 Bawang kecil 2 ulas. (dicincang halus) 
1 sudu makan lada hitam (kalau nak pedas tambahlah lagi
- ditumbuk, tapi janganlah sampai hancur sangat) 
2 sudu makan sos tiram 
2 sudu makan kicap manis
 2 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah)
 bunga kobis sawi lobak (dihiris ikut bentuk sesuka hati orang yang masak) 
2 mangkuk air (
Sedikit garam (jangan banyak sebab dah ada sos tiram dan kicap)


Cara menyediakan dan memasak: 
Tumis bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga wangi. 
Masukkan daging dan masukkan air dan biar daging empuk.
 Kalau air kurang, tambahkan air lagi .(daging kalau rebus asing boleh juga tapi nanti kurang manis) Masukkan lada hitam, sos tiram, dan kicap. 
Biar mendidih sekejap Masukkan udang 
Masukkan sayur dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. 
Bila sudah agak pekat, tutup apinya. Lepas tu curahkan kuah ni kat mi tadi

4 comments:

  1. Resipi teristemewa hari ini..isnin yang ceria..damai ja ke laman ini..terasa lah menu baru..terima kasih ya resipi ini

    ReplyDelete
  2. Feveret..ingat dulu2 sepupu rajin komplen. Pi mana duk order yang tu ja. Macam tak reti nak makan benda lain.

    ReplyDelete
  3. Mudah je nak buatnya.. Cuma rajin dengan tak rajin je kan.. kikiki..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.