Showing posts with label chocolate chip famous amos cookies. Show all posts
Showing posts with label chocolate chip famous amos cookies. Show all posts

04 March 2013

Famous Amos Chocolate Chip Cookies (Homemade)

Sapa suka makan famous amos cookies?
sedap,kan...
tp membuatnya sendiri lbh menjimatkan
dan paling best
boleh taruk coklat chip byk2..

Bahan-bahan ayak : 
280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum 
10 gm (3 tsp) serbuk koko 
2 Tbsp tepung jagung 
1/2 tsp soda bikarbonate 
2 Tbsp susu tepung 
Secubit garam

Bahan-bahan lain :
 250 gm mentega 
150 gm gula kastor 
1/2 tsp asen vanilla 
1 biji kuning telur 
100 gm (1/2 cawan) coklat chip 
100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang)
 atau kismis - optional

Cara-cara :
 Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang. 

Masukkan kuning telur dan pukul rata.

 Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati 

. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis.

 Kacau rata.




 Sudukan adunan ke atas dulang pembakar.
 Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.
jgn letak terllau dekat
antara satu sama lain

 Bakar pada suhu 160 C 
selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola

Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

sedap dinikmati semasa minum petang bersama teh 0
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.