Taugeh..
antara sayur yg paling murah
namun kaya dgn pelbagai khasiat
(Taugeh goreng)
Taugeh adalah sejenis sayur-sayuran yang malang sekali kurang digemari oleh kebanyakan individu tanpa mengira jantina dan usia.
Sebenarnya, ia mempunyai pelbagai khasiat yang ramai tidak tahu.
Manfaat Sayur Taugeh
1. Kaya protein
Taugeh sebenarnya mempunyai dua kali ganda lebih banyak protein berbanding daging lembu atau ayam.
Antara kebaikannya adalah ia mampu meningkatkan kesuburan terutamanya lelaki yang sangat memerlukan protein untuk menghasilkan hormon untuk tujuan kesuburan.
2. Kaya enzim
Berbanding sayur-sayuran lain, taugeh mengandungi 100 kali ganda enzim.
Ia sangat penting untuk fungsi tubuh badan terutamanya untuk proses pencernaan.
Enzim mampu membantu individu yang mempunyai masalah penghadaman dan perut kembung.
3. Kaya serat
Dalam pada itu, taugeh juga baik untuk fungsi penghadaman kerana ia mengandungi kandungan serat yang tinggi.
Serat ini akan membantu meleraikan lemak dan toksin dalam tubuh badan lalu mengeluarkannya.
Ini sekali gus dapat membantu anda mengawal berat badan.
4. Kaya antioksidan
Taugeh yang kaya antioksidan dan asid amino sebenarnya mampu memberikan pelbagai kebaikan.
Antaranya yang penting adalah melawan kanser dan memperbaiki fungsi otak.
Dalam masa yang sama, makan taugeh juga sebenarnya adalah amalan awet muda yang sangat bagus untuk diikuti.
5. Kaya asid lemak
Selain itu, taugeh juga sangat kaya dengan asid lemak.
Kebanyakan individu tidak mendapatkan asid lemak omega-3 kerana hanya bergantung kepada makanan laut atau telur sahaja.
Oleh itu, tidak salah rasanya jika anda mengambil taugeh sebagai alternatif, bukan?
6. Kaya vitamin
Paling penting, taugeh sebenarnya sangat kaya dengan vitamin seperti vitamin A, C, E dan pelbagai lagi dalam keluarga vitamin B.
Vitamin-vitamin ini sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan anda.
PC suka taugeh.Masa air campur tauhu atau tempe..tak pun masak lemak..ada ikan kering..sedapnya.
ReplyDeletesuka taugeh masak lemak putih bubuh tauhu..digoreng dgn ikan bilis pun suka..
ReplyDeleteTeringat satu masa dulu pernah buat tauge sendiri
ReplyDeleteSuka juga taugeh
ReplyDeletesaya tak heran sangat dengan khasiat taugeh sebab saya memang suka makan tauge, di masak tau mentah
ReplyDeleteSA pun suka taugeh, x kisah masak apa pun..paling suka masak lemak putih...
ReplyDeletelaahh byk khasiat rupanya..malas nak masak taugeh ni bukan apa..sbb malas nak siang (buang akar/ekor) taugeh tu
ReplyDeletesgt suka taugeh.
ReplyDeleteanak2 pun sgt suka tau.
ringkas je sayur taugeh ni.
dgn pe lauk je sesuai.